Purata Kos Ringgit.

Apa tu?

Pasaran naik dan turun. Ini normal dan dikenali sebagai risiko pasaran. Pelaburan akan menjadi sangat mudah jika seseorang boleh meramalkan masa yang terbaik untuk membeli atau menjual. Tetapi ini agak mustahil!


Falsafah Raiz ialah melabur jumlah yang kecil secara konsisten – walaupun di pasaran yang sedang jatuh – kerana ini dapat membantu anda menghadapi naik turun pasaran dan merupakan salah satu kunci untuk pulangan pelaburan yang lebih sihat dalam jangka masa panjang. Ini adalah prinsip yang dikenali ramai sebagai Purata Kos Ringgit.



Bagaimanakah ia berlaku? Sebagai contoh, katakan anda mempunyai RM1,000 untuk melabur. Daripada melaburkan kesemuanya dalam satu masa, anda boleh melaburkan RM100 setiap bulan selama 10 bulan, walaupun terdapat perubahan dalam nilai pasaran.


Sekiranya nilai saham bernilai RM10 pada bulan pertama, anda akan membeli 10 unit. Sekiranya pada bulan kedua bernilai RM5, anda akan membeli 20 unit, dan seterusnya.


RM100 / RM10 = 10 unit.

RM100 / RM5 = 20 unit.


Anda akan membeli lebih banyak saham apabila harga lebih rendah dan lebih sedikit saham ketika harga lebih tinggi. Hasilnya adalah anda telah melabur dengan lebih cermat daripada melaburkan wang anda semuanya sekaligus pada ketika mungkin nilai pasaran tinggi.


Mari kita lihat kelebihan utama lain Purata Kos Ringgit:

 

Tiada masa yang buruk

Cuba untuk memilih masa yang terbaik untuk membeli atau menjual adalah merupakan sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan.

Sekiranya pelabur mempunyai pilihan untuk mempunyai kuasa ajaib, pelabur sudah pastinya memilih untuk tahu nilai terendah sesuatu saham! Banyak yang telah mencuba, ada yang berjaya dan gagal. Tidak ada juga yang dapat menghentikan kejutan yang tidak diingini dari berlaku.

Purata Kos Ringgit adalah strategi yang berdisiplin kerana memastikan anda tidak terlalu terkesan akibat kejatuhan pasaran ketika anda membeli pada harga tinggi; dan memberi kelebihan kepada anda apabila pasaran pulih, kerana membeli ketika pasaran sedang jatuh.

Dengan tidak bergantung pada ramalan, Purata Kos Ringgit dapat meredakan kesan turun naik pasaran.

 

Mengurangkan risiko

Purata Kos Ringgit paling memberi kesan dalam strategi pelaburan jangka panjang. Ia mengurangkan risiko pasaran anda daripada meramal turun naik pasaran.

Kesempatan membeli ketika pasaran sedang jatuh dapat meningkatkan potensi pulangan jangka panjang anda dengan ketara ketika pasaran kembali pulih.

 

Pelaburan tanpa mengikut emosi

Kita selalu membuat keputusan mengikut emosi untuk mengelakkan kerugian. Pelabur lebih cenderung untuk mengelakkan kerugian daripada memperoleh keuntungan.

Kajian menunjukkan bahawa kerugian adalah dua kali lebih kuat kesannya secara psikologi daripada keuntungan. Ini menyebabkan pelabur yang lebih cenderung untuk mengelakkan kerugian, akan melakukan kesalahan menjual pegangan saham pada nilai yang rendah.

Propaganda media atau spekulasi merupakan perangkap pelaburan. Pelabur dapat menghindari perangkap emosi ini dengan Purata Kos Ringgit.


Strategi Purata Kos Ringgit. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!


Share this article

Read More Article

Reading is good for brain to reduce Alzheimer

By zezu zaza April 27, 2025
Teknik orang melayu dalam dunia trading yang mungkin anda selama ini tak tahu!
By zezu zaza February 2, 2025
BINANCE DOWNLOAD (WINDOWS & APK ANDROID)
By zezu zaza December 1, 2024
Staying Calm in Trading: Tips and Insights
Seminar Blueprint Trading 2025
By zezu zaza November 17, 2024
Daftar seminar workshop BLUEPRINT TRADING 2025 disini.
Kisah Pengawal Keselamatan: Impian di Sebalik Uniform
By zezu zaza September 29, 2024
Di sebalik tugasnya sebagai pengawal keselamatan, ada impian besar yang ingin dicapai — menjadi seorang pedagang yang berjaya untuk memberikan kehidupan lebih baik buat keluarganya. Kisah penuh harapan dan keazaman ini menggambarkan bagaimana setiap orang menyimpan impian untuk mengubah nasib, walaupun realiti semasa penuh cabaran.
ZZTraders, Zezu Zaza trader, ZZCM, Zezu Zaza capital management, forex trading malaysia,
By zezu zaza September 29, 2024
Tips yang perlu diambil kira sebelum swing gold.
By zezu zaza June 20, 2024
How I use one single account for almost 16 years in trading.
By zezu zaza April 23, 2024
Trade BTCUSD using Metatrader. How to choose broker?
By zezu zaza April 12, 2024
The video that changes my life
More Posts

Nak baca blog kami terus ke email anda?

Subscribe di bawah. Anda akan menerima blog kami secara percuma terus ke email anda.
Jadi orang pertama membaca blog kami!

Subscribe Di Sini!