Bagaimana Saya Mulakan Syarikat Sendiri Dengan Untung Saham

Sememangnya hasrat dan impian semua orang adalah bebas kewangan. Bebas kewangan di mana anda mampu buat apa sahaja dan membeli apa keinginan yang anda mahukan di dunia ini.
Kejayaan bebas kewangan adalah bergantung kepada definisi setiap orang. Ada yang mengatakan bahawa kejayaan dalam hidup adalah mempunyai kewangan yang tertentu. Bagi sesetengah yang lain, bebas kewangan merupakan satu kejayaan alami setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tertentu.
Buku permulaan ini dijangka hadir pada penghujung tahun 2023. Direalisasikan dalam bentuk permulaan ebook dahulu. Sekiranya permintaan tinggi dalam jualan digital untuk demand buku ini, pasti kami akan terbitkan kepada paperback.
Insyallah.
Buku ini diterbitkan untuk memberikan inspirasi kepada golongan anak muda di negara ini supaya bangkit memperkasakan ekonomi negara.
Bagi kebanyakkan usahwan Malaysia, ramai yang ingin membuka syarikat sendiri dengan mendapatkan pinjaman kewangan dari bank. Pada waktu sekarang yang meningkat OPR atau interest rate pada 4.5% (ketika artikel ini ditulis), pastinya kekangan memiliki pinjaman bank pembayaran balik adalah amat tinggi.
Bijak Menjana Modal
Kita harus bijak menjana modal pada waktu ketika ini. Ada yang merealisasikan impian mereka dengan berusaha hasil dari keuntungan jualan produk atau servis. Sememangnya kita sedar dan akui, pembukaan syarikat baharu pasti menelan belanja dari segi pengurusan, pengkhususan pekerjaan mahupun kos operasi.
Untung Saham Menjana Modal Permulaan Syarikat
Bagi yang mahir dalam dunia pelaburan, sememangnya mereka adalah bank mereka sendiri. Bank di mana mereka melakukan pelaburan jual dan beli untuk sesuatu instrumen saham dan mendapat keuntungan hasil dari dagangan mereka.
Share this article
Read More Article
Reading is good for brain to reduce Alzheimer

Nak baca blog kami terus ke email anda?
Subscribe di bawah. Anda akan menerima blog kami secara percuma terus ke email anda.
Jadi orang pertama membaca blog kami!