Blog Layout

5 Saham Bursa Yang Kena Limit Down - Saham No. 5 Yang Saya Akan Target!


Saya memburu saham yang kena
limit down.

Bagi saya, jika sesuatu saham itu kena
limit down itulah petanda A+ setup dan Golden setup paling istimewa.

Bukan selalu terjadi jika sesuatu saham itu terkena
limit down.
Jika ianya terjadi, kita bertuah!

Mungkin ianya peluang keemasan kita yang terjadi sekali seumur hidup dan tak akan terjadi lagi selepas itu.

..sebab itu setiap kali seminar, saya tekankan pentingnya CASH RESERVE.. kita tak akan tahu bila kita perlukan wang untuk beli saham..


Ada trader email saya, benda ni sama macam 'RUG PULLS'

Well, dia macam sama tetapi tidak serupa. Rug Pulls terjadi dalam crypto dimana developer bawa lari fund anda.

Limit down ini adalah broker hentikan segala aktiviti saham apabila terjadi massive selling yang mendadak dimana ia mengakibatkan perubahan volume secara drastik dalam sesuatu masa. Kisah ini sama terjadi pada saham JCOM dulu masa Takashi Kotegawa buy back saham itu dan riskkan 50% modal akaun tradingnya.


Cakap pasal CASH RESERVE

Bila kita ada cash reserve kita akan ada peluang untuk membeli saham pada limit down.
Dengan adanya
cash reserve saya akan shopping membeli saham.

Maap la tuan puan.
Saya ni bukan jenis orang pantang ada duit, nak beli kerete atau beli Iphone atau berbelanja pakaian mewah yekk. Haha.

Ada je wang, saya akan beli saham murah.
Saya percaya pada kuasa perkompaunan.
Rugi sekarang tak apa, sebab akan kaya waktu nanti.

Beli saham pada waktu yang tepat dan sesuai, akan meningkatkan
networth kita berbanding dari perbelanjaan yang digelar expenses.

Tapi, ramai investor atau orang yang labur saham, rugi  - akhirnya menjadi tabiat menderma ke market. Anda memang betul-betul kaya, jika berbuat begitu! Jadi, itulah
expenses mereka.

Expenses
ini adalah satu bentuk kerugian dimana kita berbelanja pada arah yang kurang tepat dari mendapat pulangan pada masa akan datang.

Jadi,
expenses saya dalam saham tidak dikira sebagai perbelanjaan tetapi dikira sebagai investing atau pelaburan kerana ia akan membuahkan hasil.

Macam tanam pokok durian
black thorn tuan puan.. giteww


5 Saham Yang Kena Limit Down adalah..

  • YNH Property Berhad
  • Jentahu Sustainables Berhad
  • Silver Ridge Holding Berhad
  • Sarawak Consolidated Industries Berhad
  • Rapid Synergy Berhad
  • Imaspro Corp (bonus)


Kalau anda baru baca thread post ini, jangan risau kerana anda belum lagi terlambat untuk membeli salah satu saham ini atau kesemuanya.

Saham bursa ini jenis bergerak lambat. Jadi, tak perlu anda rasa FOMO dengan tidakan anda sendiri.

Pastikan trading membawa kegembiraan dan kegirangan semasa anda melakukannya.

Jangan stress-stress.


Saya target saham yang no.5 untuk membeli.
KENAPA?


Rapid Synergy Berhad.


Apa hujah saya untuk membeli saham di atas?
Setiap saham atau instrument saham yang lain perlu melepasi soalan cepu emas ini - KENAPA

Jika anda sendiri tak dapat jawab soalan kenapa anda harus membeli,  sila jangan bazirkan wang yang anda ada untuk membeli.

Accounting portfolio mereka dalam keadaan terbaik 10 tahun.
Syarikat yang telah lama
established sejak 1994 (IPO 1997)
Produk yang dihasilkan berkualiti.
Sektor property

Nilai instrinsik syarikat ini adalah tidak wajar dan tidak berbaloi dengan asas tuduhan yang mengatakan bahawa syarikat Rapid Synergy Berhad terlibat dalam skandal scam.

Satu tuduhan yang tidak berasas dari ruang legar facebook dan blog yang entah apa-apa menuduhnya tanpa sebarang asas bukti yang kukuh.



Download Report


Apa strategy saya selepas ini?


Biarlah rahsia.

Cukup sampai disini sahaja ucapan dari meja traders.


Strategi saya akan dikongsikan pada masterclass saham bursa nanti dengan lebih terperinci dan modul yang jitu berserta rangka kerja.

Insyallah.

Share this article

Read More Article

Reading is good for brain to reduce Alzheimer

By zezu zaza 23 Apr, 2024
Trade BTCUSD using Metatrader. How to choose broker?
By zezu zaza 12 Apr, 2024
The video that changes my life
By zezu zaza 08 Apr, 2024
Do not trade NFP news before watching this video.
By zezu zaza 08 Apr, 2024
How to trade gold with Octafx broker? This video is for you.
By zezu zaza 08 Apr, 2024
Difficulties in open copytrade account? Watch this video as I crunch it step by step.
By zezu zaza 25 Mar, 2024
Bitget official partner with ZZTraders. Get 5BGB token now!
Trading Psikologi Untuk Pemula - Zezuzaza
By zezu zaza 06 Mar, 2024
What is my psychological state when confront any kind of situation in the market? Learn now.
By zezu zaza 06 Mar, 2024
Copytrade $10. How to master copytrade with small amount $10.
By zezu zaza 20 Feb, 2024
Trading Tools Terbaik Octafx pra-strategi sebelum melakukan trade. Dalam video ini, Zaza berikan sedikit guide cara nak guna trading tools yang Zaza selalu gunakan.
More Posts

Nak baca blog kami terus ke email anda?

Subscribe di bawah. Anda akan menerima blog kami secara percuma terus ke email anda.
Jadi orang pertama membaca blog kami!

Subscribe Di Sini!
Share by: