Pernah ke korang ingat waktu pertama kali dan terakhir korang berjogging? =D
Memang semua pasti tak ingat!
Tapi...bila bercakap tentang makanan yang paling sedap yang korang pernah makan,sudah tentu ingat!
BENDA YANG SUSAH, ORANG TAK KAN INGAT..
BENDA YANG SENANG, ORANG CEPAT INGAT!
Zaza memang suka buat kerja yang gila-gila tapi bermakna. Bagi saya hidup tanpa cabaran adalah robot.
Saya seorang yang cepat bosan. Jadi zaza akan buat sesuatu yang boleh tingkatkan mood serta self-esteem.
Jadi nak tahu apakah tips rahsia kali ini untuk menjana kesihatan yang cemerlaang????.....
Berjalan kaki.
Ya!
Ini lah habit kesukaan Za sejak dari kecil. Za akan tinggalkan segala kemewahan dan kesenangan sebentar dan mendalami menjiwai kepahitan berjalan kaki. Kenapa pulak?? Dah ada kereta dah ada driver dah ada moto tpi masih nak berjalan kaki ni?
Ramai yang tak tahu. Biar zaza kongsikan kepada korang semua.
Kita telah leka dengan kesenangan dan kemewahan. Jadi bila semua rakan2 sekolah saya telah berkereta, mereka langsung tidak mahu naik bas... LRT... berbasikal mahupun berjalan kaki.
Bagi orang kita,
1. Jika orang itu naik basikal
= Mereka sama taraf dengan bangla jual karpet. Orang lalu lalang akan anggap seseorang itu miskin kerana tidak mampu beli kenderaan.
2. Jika orang itu naik bas
= Mereka akan sama taraf dengan golongan orang yg tidak mampu dan miskin. Taraf pendapatan orang yang naik bas adalah miskin.
3. Jika orang itu jalan kaki
= Mereka akan anggap org ini terlampau hina dina miskin ya rabbi kerana tidak mampu beli basikal mahu pun tambang naik bas! =D
Ini adalah tahap mentaliti orang kebanyakan. Kerana manusia itu di kelaskan pada 3 golongan mental
iaitu poor mindset, middle class mindset dan rich mindset.
Memang sudah tabiat zaza sejak kecil berjalan kaki. Bagi saya berjalan kaki, mampu membina kreativiti.
Kreativiti ini diperlukan untuk menjana ilham dan idea yang mampu mengukuhkan daya momentum untuk berusaha.
Ini adalah dari segi psychologi dan fisiologi.
Cetusan ini adalah amat penting untuk menangkis serangan gagasan kemalasan dan tidak bermotivasi pada masa yang akn dtg. Kerana itu, ini akan mencetus momentum yang tinggi dan membina daya kesihatan mental yang segar.
Tapi apakah kebaikan berjalan kaki nih.... Rasullullah s.a.w juga dahulu berjalan kaki. Jadi bukan sekadar kita mengikut sunnah rasulullah tapi kita juga dapat manfaat dari segi kesihatan dan pencernaan.
Dari segi luahan nurani honestly, Zaza berjalan kaki adalah membantu kita tidak lupa diri. Kekal humble. Dengan berjalan kaki, kita dapat shiftkan minda kita sebentar dari laluan pertama untuk memberikan satu nafas kerja yang baru dengan cara mengolah yang diberi nama 'rehat fikir'. Konsep rehat fikir ini adalah tidak bermakna untuk beri minda kita berehat. Ia tetap juga berfikir tetapi dengan cara olah perjalanan. Zaza akui berjalan kaki juga membantu Zaza untuk kekal ingat siapa diri Zaza yang lalu dan supaya Zaza tidak lupa diri.
Teknik ini juga korang boleh apply untuk kekal humble. Jadi banyakkan berjalan untuk menyihatkan minda.
Menjana Kreativiti Kreativiti kerja dapat di jana ketika minda tidak berada di dalam keadaan state yang pertama. Jika minda di ubah haluannya walau untuk tempoh yang seketika, di telah dikira 'berehat' dari berjalan di laluan pertama si pemikir.
Membantu kekal humble Satu teknik yang berkesan kerana teknik ini memang Zaza guna pakai setiap 3 bulan. Zaza datang dari family yang kurang senang. Jadi segala kerja dan pengorbanan dahulu sebelum senang membantu mengingati misi dan visi serta cita-cita kita yang lalu. Ia akan hadir dengan sendiri!
Meningkatkan kardiovaskular kendiri
Dengan berjalan kaki, korang membantu aliran oksigen di pam yang cukup ke dalam darah. Oksigen ini membantu otak anda bekerja secara efisien dan mengelakkan anda kerap tertidur ketika menjalankan tugas seharian di tempt kerja.
Menguatkan sendi dan menegangkan urat yang tersimpul
Ini adalah penyelamat ketika anda tua. Di samping selain manfaat untuk kekal muda serta dpt memberikan kulit yang anjal, ia juga mampu menguatkan sendi serta melancarkan perjalanan darah. Ini mengurangkan sakit-sakit kebas yang sering di alami apabila anda meningkat tua!