RAHSIA $10

Rahsia $10 yang mengubah dari trader biasa-biasa kepada profitable trader.

“90% day trader tak sempat sampai ke puncak.”


Mereka nak buat trading sebagai satu kerjaya long-term, tapi sering kali tak boleh sabar.


6 bulan lepas ada trader nama "Mohd Azxxx" jumpa saya yang sudah lebih 4 tahun trading, tapi masih tak jumpa konsistensi dalam trading.


Cita-cita nak berhenti kerja dan nak jadikan income trading sebagai sumber pendapatan utama. 


Oleh kerana tak konsisten, dia tetap terus bekerja di sebuah syarikat pembinaan ternama itu.


Saya cakap kat beliau, "Sekarang ini be real. Duduk depan saya sekarang dan saya tengok awak trade.." kata saya kebetulan waktu itu jam 8.43malam waktu pra-market forex open.


Dia tergamam.


Dia ingat dia jumpa saya, dia boleh tengok saya trade. Rupanya sangkaan dia meleset.


Tanpa melengah masa, beliau pun tunjukkan skill dia trade selama 1 jam.


Sepanjang menonton beliau trade, saya pulak yang banyak tanya soalan tentang cara dia trading.


Kebetulan waktu itu saya perlu jumpa IB broker Justmarket dan HFM Market untuk meeting IB pada jam 1030 & 1145 malam.


Sepanjang soalan yang saya tanya, dia tak dapat bagi jawapan yang kukuh kenapa dia lakukan order.


Sepanjang analisis yang dia buat, dia cuma mengikut "rasa-rasa" kerana beliau kata asas trading dia dah diruntuhkan oleh akaun mc yang banyak kali terjadi.


Sampai satu tahap dia dah tak konfiden dan berani untuk letak order walaupun 0.01 lot!


Dia begitu emosi dalam trading dia kata.


Saya tanya tuan selalu trade modal berapa? Beliau jawab, oleh kerana dia bekerja site dan pembinaan, gaji yang di dapat itu mampu buat deposit lebih kurang RM10,000 setiap deposit!


Fuhh, bayangkan setiap kali dia mc, mahunya dia tak emosi.


So, saya ajar beliau satu teknik kawalan emosi dan asas trading.


Saya suruh dia lakukan trading dengan modal $10 selama 3 bulan. 


Jika tuan boleh growkan akaun $10 ini kepada $100 datang, itu bermakna tuan dah berjaya kawal emosi dan asas trading yang tuan miliki itu dah mencukupi.


Nak dipendekkan cerita selepas 1 tahun 3 bulan beliau ikuti saya punya zoom online, akaun beliau berjaya grow dari $10 ke $1000!


Kali ini beliau tak deposit RM10,000 ke dalam akaun seperti mana yang biasa beliau lakukan sebelum ini.


Depo modal besar bukan bermaksud anda dah konfiden.


Tapi withdrawal yang konsisten membuatkan anda rasa konfiden bahawa trading yang anda lakukan itu betul.


Jika selepas ini beliau depo RM10,000 ke dalam akaun, beliau akan rasa amount itu sama seperti $10.


Ia adalah perjalanan dan proses yang membuatkan kita rasa konsisten dalam trading.


Rahsia dia?


Deposit akaun $10.


Share this article

Read More Article

Reading is good for brain to reduce Alzheimer

By zezu zaza June 2, 2026
No longer service any: Perlis state
By zezu zaza May 25, 2026
Dunia trading sudah berubah. Dulu, trader hanya bergantung kepada mata, emosi dan pengalaman semata-mata. Hari ini, market bergerak terlalu pantas. News keluar dalam beberapa saat. Volatility berubah setiap minit. Algorithm institusi bergerak lebih laju daripada manusia biasa. Sebab itu, automation trading bukan lagi pilihan tambahan. Ia sudah menjadi satu kemestian. Kenapa Trader Moden Perlukan Algo? Ramai trader masih fikir algo hanya untuk hedge fund besar atau programmer profesional. Hakikatnya, ramai trader retail hari ini sudah mula menggunakan automation untuk bantu mereka buat apa? kawal emosi disiplin entry dan exit tapis market noise elakkan overtrading maintain consistency execute trade lebih pantas Dalam market moden, emosi adalah musuh terbesar trader. Tapi lainnya perihal tentang Algo. Algo pula tidak panic. Algo tidak revenge trade. Algo tidak FOMO. Ia hanya execute berdasarkan data, logic dan condition yang telah ditetapkan. Trader + Algo = Gabungan Paling Kuat Trader yang berjaya bukan trader yang trade 24 jam. Trader yang berjaya adalah trader yang tahu bagaimana untuk leverage technology. Sebab itu gabungan paling kuat hari ini ialah.. Human Decision + Algorithm Execution Trader fokus kepada: direction market macro sentiment risk management strategy refinement Algo pula fokus kepada: execution speed consistency filtering condition automation process Inilah yang sedang digunakan oleh banyak institusi kewangan dan professional traders di seluruh dunia. Market Semakin Kompetitif Hari ini anda bukan hanya bersaing dengan trader lain. Korang bersaing dengan: AI quant systems institutional algorithms high frequency execution automated liquidity models Sebab itu ramai trader rasa: entry lambat emosi tak stabil susah konsisten profit tak maintain Bukan sebab mereka bodoh. Tetapi kerana market hari ini semakin technology-driven. Automation Trading Bukan “Magic” Algo bukan mesin duit automatik. Ia tetap perlukan: strategy yang betul risk management optimisation market understanding discipline Algo yang baik bukan cari “holy grail”. Tetapi membantu trader: survive lebih lama kurangkan kesilapan manusia maintain structure improve execution quality Manual trading buat kerja-kerja trading untuk monthly withdrawal. Algo guna untuk long-term strategi. Katakanlah trader sakit pada masa hadapan dan tak boleh trade jika masuk hospital atau kena dialisis mahupun patah jari tangan dsbnya, algo ini yang akan membantu kita buat income konsisten dan berterusan. Benda ni bukanlah satu benda yang kita patut fokus tetapi trader perlu ada untuk automation income seperti mana business perniagaan yang perlukan automation bagi mengembangkan lagi perniagaan di sektor lain. Masa Depan Trading Beberapa tahun akan datang, automation trading akan jadi semakin normal. Institusi guna quant dan algo. Banking juga guna quant dan algo. Mereka semua tidak lagi mempercayai manusia untuk melakukan kerja-kerja trading kerana manusia seringkali ada FAT FINGER ketika trading. Sama macam.. calculator dalam accounting autopilot dalam aviation AI dalam business Trading juga sedang menuju ke arah automation. Trader yang adapt lebih awal biasanya akan ada kelebihan lebih besar. Zaman Apa Yang Kita Masuk? Satu trader, satu algo. Benda bukan lagi trend. Itu adalah evolution dunia trading moden. Technology tidak akan gantikan trader sepenuhnya. Tetapi trader yang menggunakan technology kemungkinan besar akan mengatasi trader yang tidak menggunakannya.
The efficient algo trading
By zezu zaza May 12, 2026
The efficient algo trading
By zezu zaza April 10, 2026
Lagu 'Belajar Saham Dengan Zezu Zaza'
By zezu zaza January 27, 2026
Official Notice: Fake, Duplicate & Impersonation Accounts Using the Name Zezuzaza
By zezu zaza May 3, 2025
Gold Trade + Akaun KWD + Stacking Kek Lapis + NFP: Strategi Terbaik untuk Minggu Ini
By zezu zaza April 27, 2025
Teknik orang melayu dalam dunia trading yang mungkin anda selama ini tak tahu!
By zezu zaza February 2, 2025
BINANCE DOWNLOAD (WINDOWS & APK ANDROID)
By zezu zaza December 1, 2024
Staying Calm in Trading: Tips and Insights
More Posts

Nak baca blog kami terus ke email anda?

Subscribe di bawah. Anda akan menerima blog kami secara percuma terus ke email anda.
Jadi orang pertama membaca blog kami!

Subscribe Di Sini!