Kisah Broker Tak Bayar Withdrawal

Kisah ini terjadi beberapa tahun lepas. Masih segar dalam ingatan bila ia terjadi.
Sepanjang karier saya sebagai traders, macam-macam laluan saya tempuh dan lakukan untuk membantu traders.
Tak pernah nak harapkan balasan atas apa yang saya tolong malah saya tak pernah meminta orang lain untuk join, daftar, atau masuk program affiliate IB dan sebagainya.
Cuma ada pernah satu ketika itu ada kes broker tak bayar withdrawal trader.
Saya pun pakai broker itu dahulu bersama-sama trader yang lain. Tetapi sekarang saya dah tukar broker yang saya gunakan.
Bila trader cuba nak withdraw wang profit ke dalam akaun bank, banyak alasan yang diberikan dari broker.
Salah satu alasan broker adalah:
- Profit scalping mereka berada lebih dari 5 minit sebelum close trade.
Kepada sesiapa yang pernah menggunakan broker ini dan ada terbaca regulasi mereka seperti di atas, ada kemungkinan anda dapat mengagak broker apa yang dimaksudkan.
Oleh kerana waktu itu, saya mengelolakan broker ini untuk digunakan kepada para trader (sebab saya suggest), ramai yang gunakannya.
Tetapi, regulasi dan kriteria dari broker itu saya telah jelaskan semasa seminar hotel concorde jika mahu menggunakan broker tersebut.
Rata-rata semua traders dalam ruang hotel tersebut mengangguk kepala dan tiada bantahan, lantas kami semua pun switch kepada broker tersebut.
Abes tu, ape jadi bila dah gunakan broker tu?
Semuanya berjalan lancar pada mulanya. Semua trader withdraw bila saya buat withdrawal ke akaun personal saya.
Situasi berubah apabila tiba-tiba waktu itu, semua orang berpakat nak cuba-cuba main trade NFP.
Regulasinya jelas saya dah tunjukkan sebelum trading itu dijalankan. Tidak boleh close trade under 5 minutes.
Nak di jadikan cerita, semasa kami trading NFP itu.. Semua orang sedang hold position dalam akaun trading masing-masing.
Trading NFP itu berlangsung lebih kurang dalam 30 minit. Kami buat di Zoom online waktu itu.
Semuanya dibuat live. Live trade.
Selepas kami dah trade dalam agak-agak 35 minutes macam tu, saya decide untuk close trade.
Sebab saya nampak news NFP tidak kuat. Manakala dari satu sudut yang lain, harga telah mencapai paras level kuat resistance demand area.
Lantas saya close trade dan diikuti oleh trade yang lain close trade jugak serentak.
Pada malam itu kami semua dapat profit tak banyak pun dalam $403 bagi akaun saya. Yang trader lain dapat profit rata-rata dalam $375-$390 lebih kurang macam itu.
Still profit alhamdulillah.
Malam tu jugak satu group trading ni kita buat macam study group ataupun versi trading house online buat cash out.
Semua orang withdraw malam itu dengan rasa yang amat puas.
Ada satu trader ni dia tak dapat withdrawal.. Alamak... Dah kenapa?
Malam tu kita buat withdrawal. It should be process dalam 24 jam kebiasaan broker tersebut. Waktu malam kita Malaysia, baru mereka akan bekerja kerana waktu di sana pagi (office hours).
Satu trader ni dia datang kat saya cakap dia tak dapat withdraw.
Macam mana pulak boleh jadi macam tu?
Malam tu kan semua trader withdraw sama-sama. Saya pun tanya trader lain dalam group.
Semua dapat dah withdraw.
Dah dikreditkan ke dalam akaun.
Macam mana benda ni boleh jadi?
Akhirnya dia mengaku..
Waktu tu dia cakap dekat saya, dia close trade masa minit ke 4. Waktu tu tengah spike.
Kebiasaan trading NFP tengah spike pada awal minit 5 ke 15 minit.
Ya. Dia close trade.
Oleh itu sewaktu broker nak proses, mereka tak dapat proses budak ni punya trading. Trade kami waktu itu dalam 0.20 lot sahaja. Tak besar pun kerana modal kami semua waktu itu dah $1000 lebih dari $10 akaun trading.
Tapi alasan broker sebab waktu itu koneksi broker dengan bank tak connect kerana harga terlampau laju bergerak. Oleh itu, broker tak dapat kesan untuk detect harga berkenaan.
Bincang punya bincang dengan broker, mereka tetapi berkeras untuk tidak mahu beri withdrawal.
Saya dah nego sehabis dan sebaik mungkin. Setahun saya dengan broker itu bekerjasama tetapi tidak mereka tidak dapat mencapai kata persetujuan untuk withdrawal budak tu.
Saya bawa traders ramai trader kepada broker tetapi saya kecewa kerana mereka tak boleh buat pertimbangan sewajarnya yang ini merupakan kes pertama kali dari group kami.
Profit budak tu dalam $287. Dia memang nakkan profit dia. Dia tak sanggup nak hilang profit tu sebab itu pertama kali dia trading dan duit $1000 modal tu dia punya duit makan untuk tampung keluarga (dia dah kawin baru 6 bulan - masih tak ada anak).
Hmmm.. saya dah cakap awal masuk trading letak modal yang sanggup untuk loss bukan guna duit makan.
Nak cakap macam mana, saya ambil keputusan untuk bayar budak tu punya profit.
Saya guna profit yang saya dapat dan saya bayarkan profitnya. Saya dapat malam tu dalam $403. Saya bayar $287. Saya tinggal lagi baki profit $116.
Dan budak tu happy sangat-sangat sebab waktu dia join saya itu, dia masuk modal $1000 manakal kami semua group yang lain join mula trading dari modal $10 yang mana pada waktu itu dah grow ke $1200. Ambil masa dalam 3 bulan.
Budak tu baru pertama kali dapat profit forex dia. Dia sangat happy!
Kesimpulannya?
Orang lain buat salah, kita juga yang kena tanggung. Orang lain tak puas hati, mereka bagi bad rating di blog mahupun di google maps. Orang lain tak puas hati, mereka kata kita scam walaupun kita buat secara percuma atau berbayar.
Oleh itu, bila masuk pekerjaan trading kita kena berhati-hati sebab ia melibatkan duit. Bukan saya tak mahu tolong dari situasi di atas, tetapi kedegilan sesetengah trader yang tidak mahu mendengar nasihat dan rules menyebabkan satu pihak menanggung kerugian mereka yang tidak bertanggungjawab.
Nak cakap macam mana, terpaksa bersabar walaupun pihak diri saya tidak bersalah yang ini merupakan kesalahan trader.
Bila jadi lagi macam ini, saya dah letakkan rules dan statement hitam putih. Anything consequences when follow the trading, need to aware of the risk. Own personal risk.
Kalau diri sendiri konon nak jadi trader tak dapat nak follow dan terima risk sendiri atas kerelaan masuk trading, maka trading bukan untuk anda. Trading ini risiko kita tanggung sendiri.
Trading membentuk peribadi bukan peribadi membentuk trading. Trading dari dulu sama sahaja. Risiko. Ia terpulang kepada kita sendiri boleh sanggup terima loss.
Nak profit tapi tak nak loss.
Nak menang tapi tak nak rugi.
Ya. Pengalaman ini mengajar saya bukan semua boleh jadi trader dan saya patut memilih trader sendiri yang boleh mengikut cara trading dan group saya.
Sebab itulah banyak prop firm di luar sana pilih trader dulu sebelum masuk ke dalam group trading mereka. Kita kena layan kerenah mereka yang mana kita sebagai trader tiada masa untuk itu.
Boleh depress oh.
Saya belajar benda ni dari prop firm buat sebab saya tak tahu. Bila sekarang dah tahu, memang saya pilih trader saya baik dari segi personal coaching berbayar ataupun company trading rules yang saya jalankan trade untuk syarikat.
Kita belajar setiap hari.
Share this article
Read More Article
Reading is good for brain to reduce Alzheimer

Nak baca blog kami terus ke email anda?
Subscribe di bawah. Anda akan menerima blog kami secara percuma terus ke email anda.
Jadi orang pertama membaca blog kami!