Bagaimana Saya Mula Trading Forex Di Rumah Sejak 2009

Zezu Zaza Day Trader


Saya masih ingat lagi tahun 2009.


Waktu tu saya tak ada wang nak tampung perbelanjaan harian.


Ketika itu saya masih lagi study di UiTM dalam jurusan
engineering electric.

 

Waktu itu saya "broke". 

Saya cuma ada Rm200 untuk perbelanjaan yang saya dapat dari keluarga untuk makan selama sebulan.

 

Saya betul-betul buntu bagaimana saya boleh dapat generate income tambahan tanpa perlu usaha lebih (sebab saya kena fokus study waktu tuu..)

 

Dekat 6 bulan la jugak saya mencari dan cuba semua perkara yang boleh mendatangkan duit.

YA. Saya akui saya berjaya buat income lebihan untuk tampung kehidupan dengan kerja dekat F.O.S store mula-mula lepas tu berhenti, keje plak kat 7-Eleven sabtu ahad.

Manakala Isnin - Jumaat pada sebelah malam kerja dekat kedai burger ramly tepi jalan.


Tapi...

 

Saya penat dan keletihan. Akhirnya, tak dapat fokus peperiksaan.

 

Akhirnya, saya repeat semester. Mendapat...

 

Satu hari tu saya terjumpa secara kebetulan online benda yang macam graf-graf yang mana kita jual beli lepas tu boleh dapat duit lepas tengok ads Plus500 dekat internet.

Benda tu macam wow kan saya waktu tu.

Teruja tengok benda tu gerak naik turun price.

Kira macam main saham.

Mengelamun kejap tetiba nak jadi orang pemain saham.

Mesti syok.

 

Tergerak hati saya nak klik benda tu..


Saya pun klik la benda ni..


Lepas saya klik tu saya main demo dulu.

Main demo dekat beberapa bulan sebab nak tahu cara platform tu berfungsi.

Saya deposit duit $10 lepas main demo beberapa bulan. Main real akaun.

Deposit $10 setiap bulan.

 

Selama 2 tahun.

 

GAGAL.

 

Duit belanja makan bulanan saya dari RM200, dah jadi RM150 sebab top up akaun forex tiap-tiap bulan.

Saya dah tak kerja F.O.S/7-Eleven lagi dah sebab nak simpan tenaga untuk exam dan fokus
study.

Bila habis deposit $10, saya kembali balik main akaun demo untuk tunggu duit dari parents bulan depan.

Nasib la tinggal kat Butterworth, Penang.

Makanan dekat sana boleh dikira murah waktu tu tahun 2009.


3 TAHUN MAIN AKAUN REAL MODAL $10

Pada tahun yang ke-3 saya cuba, akhirnya saya berjaya withdraw $100 yang pertama.

Waktu tu $1 bersamaan dengan myr3.54.

So, dalam MYR354 waktu tu.

 

Broker deposit profit saya kat akaun Maybank.

 

Saya memang tak percaya. Rasa macam dalam mimpi.

"Eh, betul ke benda ni duit betul.. boleh keluarkan ke..."

Ini perasaan saya waktu tu. Saya yakin semua orang lain pun sama jadi situasi macam saya.

 

Pergi check Maybank. Memang betul dah dikreditkan.

 

Saya pun ambil la keputusan untuk withdraw sebab saya ingat benda tu tipu-tipu..

Yela mana tak nya.. forex ni penipu. forex ni scam. Mana nak percaya tetibe boleh keluarkan duit plak.


Selang 2 minit, akhirnya saya berjaya withdraw.

 

Memang duit betul kat tangan. RM300. 6 keping RM50.

Saya sangat happy la waktu tu. Sepanjang jalan kaki tu ke rumah sewa, sepanjang tu la saya bersyukur.

Cakap alhamdulillah macam orang gile sepanjang jalan kaki ke rumah sewa.

 

Happy sangat sebab dapat pegang duit kat tangan yang saya usaha sendiri. Secara online.

ONLINE BEB. DARI PHONE. Bukan ada saper2 bagi. Bukan ada bisnes apa2 buat. Antara saya dan phone.

 

Memang rasa tak percaya la sebab boleh buat duit secara online. Sebab kalau nak diikutkan dulu tahun 2009 buat duit secara online ni masih lagi kira macam taboo la senang cite.

 

Lepas tu saya bayar bil pertama saya iaitu bil elektrik. RM89.

Duit lebih tu saya belanja untuk makan sebab saya belanja cuma RM150 setiap bulan (lepas dah ditolak RM50 pasal deposit akaun forex $10)

 

Alhamdulillah.


Waktu tu saya makan sedap sikit. CHICKEN CHOP.

 

Sejak dari tu, saya percaya trading boleh buat duit secara online pakai phone.

 

Setahun tu, saya buat secara konsisten profit dari trading $100 setiap bulan yang mana kalau saya kira balik, saya berjaya buat $1200 dalam setahun!

 

Lebih kurang RM4,248 setahun.

 

Lebih kurang gaji seorang akauntan yang ada pengalaman 3 tahun lepasan degree!

 

Sejak dari itu saya serius untuk belajar dan buat trading dari rumah.

 

Tapi...

 

Kegagalan itu buatkan saya graduate sebagai super senior dengan belajar 12 semester (6 tahun untuk segulung diploma!)

Tak percaya? Boleh tanya pihak UiTM Penang (Kot kot la kalau cakap saya scammer ke penipu ke kaki sembang ke atau kaki wayang) Boleh semak rekod saya sebagai student di sana. Benda ada rekod.

Kalau rasa tak percaya sangat, boleh la tanya lecturer kat sana sebab saya agak feymes kat sana.

Pasal apa saya feymes kat UiTM Penang? Sebab saya seorang pelajar
super senior yang belajar sampai semester 12 untuk diploma dan pada masa yang saya saya tubuhkan kelab musik saya sendiri yang diberi nama 'Kelab Musik EZ'

Lepas habis kelas, saya
ajar lecturer yang ajar subjek saya tu main forex.

Dia ajar saya subjek exam, saya ajar lecturer jana income kat phone.

 

Jadi, apa benda yang gagal sekarang adalah kejayaan yang disimpan oleh Allah untuk kita pada masa akan datang sekiranya kita berjaya bersabar.

 

Teruskan bersabar untuk berjaya jana income dalam trading.

 

Jangan putus asa!

 

 

P/S: Ini adalah kisah benar kehidupan saya. Real life story. Saya story benda yang saya lalui. Ini cerita saya. Pengalaman hidup. So apa pulak cite korang? Sharekan kat saya nanti saya publish kat blog ini.


 

Stay tuned.


Share this article

Read More Article

Reading is good for brain to reduce Alzheimer

By zezu zaza April 27, 2025
Teknik orang melayu dalam dunia trading yang mungkin anda selama ini tak tahu!
By zezu zaza February 2, 2025
BINANCE DOWNLOAD (WINDOWS & APK ANDROID)
By zezu zaza December 1, 2024
Staying Calm in Trading: Tips and Insights
Seminar Blueprint Trading 2025
By zezu zaza November 17, 2024
Daftar seminar workshop BLUEPRINT TRADING 2025 disini.
Kisah Pengawal Keselamatan: Impian di Sebalik Uniform
By zezu zaza September 29, 2024
Di sebalik tugasnya sebagai pengawal keselamatan, ada impian besar yang ingin dicapai — menjadi seorang pedagang yang berjaya untuk memberikan kehidupan lebih baik buat keluarganya. Kisah penuh harapan dan keazaman ini menggambarkan bagaimana setiap orang menyimpan impian untuk mengubah nasib, walaupun realiti semasa penuh cabaran.
ZZTraders, Zezu Zaza trader, ZZCM, Zezu Zaza capital management, forex trading malaysia,
By zezu zaza September 29, 2024
Tips yang perlu diambil kira sebelum swing gold.
By zezu zaza June 20, 2024
How I use one single account for almost 16 years in trading.
By zezu zaza April 23, 2024
Trade BTCUSD using Metatrader. How to choose broker?
By zezu zaza April 12, 2024
The video that changes my life
More Posts

Nak baca blog kami terus ke email anda?

Subscribe di bawah. Anda akan menerima blog kami secara percuma terus ke email anda.
Jadi orang pertama membaca blog kami!

Subscribe Di Sini!