441% Profit. Road to $100. Trading Account $10.

Saya bermula dengan trading account $10. Pada waktu ini trading account size saya adalah $55.


Profit sebanyak 441%. Saya berjaya buat profit kepada $72 dan akhirnya menjadi $55 setelah saya experimenting market condition dan memberikan tunjuk ajar kepada trader pemula tentang betapa pentingnya trading mengikut fundamental.


2 kondisi trading account:

-Trade account $10 dan profit $55

-Trade account $1000 dan profit $5,500


Kedua-dua akaun mempunyai profit yang sama, iaitu 441% profit. Kedua-dua akaun juga adalah besar mengikut akaun saiz masing-masing walaupun profit kedua-duanya berbeza julat.


Dalam video ini saya terangkan tentang strategi saya yang saya akan implementasikan kepada akaun trading $10 saya.


Trading akaun $10 adalah sangat mencabar. Kesilapan yang sedikit akan memberikan drawdown akaun yang sangat besar.


Untuk trading akaun $10, saya hanya cuma merisikokan 1%-3% maximum per trade.


Ramai yang pandang rendah dengan trading account challenge $10 kerana profit yang kecil dan tidak ketara.


Sesungguhnya trading akaun $10 banyak membantu dan mengajar trader dalam pelbagai aspek. Antara aspek peribadi trader termasuk seperti berikut:


-Kawalan pengurusan kewangan

-Kawalan pengurusan risiko kewangan

-Kawalan nafsu dan fomo

-Kawalan strategi trading

-Kawalan lot trading



Target $10 kepada $100

Road to $100.

Mencabar kerana trading akaun $10 memerlukan pengumpulan pips dan strategy swing yang berkesan.


Apabila akaun saya telah mencapai $1000, saya tidak perlu lagi menjadi swinger. Cukup dengan menjadi scalper dengan meletakkan lot trading besar dan close trade dalam masa yang singkat kerana mencari hanya profit berdasarkan strategi lot.


Jika akaun $10 ini dimana ia kurang dari $1000, saya akan menjadi swinger bagi mengaut pips yang besar dengan menggunakan kuasa leverage walaupun lot yang digunakan sekecil 0.01 lot hingga max 0.02 lots (2x posisi).

Apa strategi bila cecah $100 trading account challenge?

Seperti yang saya telah terangkan di dalam video ini, saya akan transfer $100 pure profit (setelah saya withdraw $10 modal ke dalam bank), saya akan tukar akaun standard saya kepada pro account.

Oleh itu saya perlu grow kan account dari $10 kepada $110 sebelum saya lakukan strategi seterusnya.


Apa benefit pro akaun?

Antara kelebihan pro akaun, saya akan menikmati
spread yang lebih rendah dari yang sekarang.



Pada akaun standard ini, saya merana dengan 28-32 spread bagi gold. Jika pro account, saya mungkin akan menikmati spread serendah 12-15 bagi gold.




Kenapa penting tukar account? Tak boleh ke guna satu akaun tanpa tukar?

Spread yang tinggi mampu membunuh trading anda. Jika spread yang rendah, strategi trading anda akan kurang risiko untuk loss besar. Spread yang tinggi seperti sekarang perlu dilakukan dengan timing yang tepat dan jitu.


Spread besar akan dinaikkan apabila trading menjadi dalam keadaan volatile tinggi apabila news.


Oleh itu, penting untuk tukar akaun apabila saiz akaun kita meningkat.



Tonton video

Share this article

Read More Article

Reading is good for brain to reduce Alzheimer

By zezu zaza June 2, 2026
No longer service any: Perlis state
By zezu zaza May 25, 2026
Dunia trading sudah berubah. Dulu, trader hanya bergantung kepada mata, emosi dan pengalaman semata-mata. Hari ini, market bergerak terlalu pantas. News keluar dalam beberapa saat. Volatility berubah setiap minit. Algorithm institusi bergerak lebih laju daripada manusia biasa. Sebab itu, automation trading bukan lagi pilihan tambahan. Ia sudah menjadi satu kemestian. Kenapa Trader Moden Perlukan Algo? Ramai trader masih fikir algo hanya untuk hedge fund besar atau programmer profesional. Hakikatnya, ramai trader retail hari ini sudah mula menggunakan automation untuk bantu mereka buat apa? kawal emosi disiplin entry dan exit tapis market noise elakkan overtrading maintain consistency execute trade lebih pantas Dalam market moden, emosi adalah musuh terbesar trader. Tapi lainnya perihal tentang Algo. Algo pula tidak panic. Algo tidak revenge trade. Algo tidak FOMO. Ia hanya execute berdasarkan data, logic dan condition yang telah ditetapkan. Trader + Algo = Gabungan Paling Kuat Trader yang berjaya bukan trader yang trade 24 jam. Trader yang berjaya adalah trader yang tahu bagaimana untuk leverage technology. Sebab itu gabungan paling kuat hari ini ialah.. Human Decision + Algorithm Execution Trader fokus kepada: direction market macro sentiment risk management strategy refinement Algo pula fokus kepada: execution speed consistency filtering condition automation process Inilah yang sedang digunakan oleh banyak institusi kewangan dan professional traders di seluruh dunia. Market Semakin Kompetitif Hari ini anda bukan hanya bersaing dengan trader lain. Korang bersaing dengan: AI quant systems institutional algorithms high frequency execution automated liquidity models Sebab itu ramai trader rasa: entry lambat emosi tak stabil susah konsisten profit tak maintain Bukan sebab mereka bodoh. Tetapi kerana market hari ini semakin technology-driven. Automation Trading Bukan “Magic” Algo bukan mesin duit automatik. Ia tetap perlukan: strategy yang betul risk management optimisation market understanding discipline Algo yang baik bukan cari “holy grail”. Tetapi membantu trader: survive lebih lama kurangkan kesilapan manusia maintain structure improve execution quality Manual trading buat kerja-kerja trading untuk monthly withdrawal. Algo guna untuk long-term strategi. Katakanlah trader sakit pada masa hadapan dan tak boleh trade jika masuk hospital atau kena dialisis mahupun patah jari tangan dsbnya, algo ini yang akan membantu kita buat income konsisten dan berterusan. Benda ni bukanlah satu benda yang kita patut fokus tetapi trader perlu ada untuk automation income seperti mana business perniagaan yang perlukan automation bagi mengembangkan lagi perniagaan di sektor lain. Masa Depan Trading Beberapa tahun akan datang, automation trading akan jadi semakin normal. Institusi guna quant dan algo. Banking juga guna quant dan algo. Mereka semua tidak lagi mempercayai manusia untuk melakukan kerja-kerja trading kerana manusia seringkali ada FAT FINGER ketika trading. Sama macam.. calculator dalam accounting autopilot dalam aviation AI dalam business Trading juga sedang menuju ke arah automation. Trader yang adapt lebih awal biasanya akan ada kelebihan lebih besar. Zaman Apa Yang Kita Masuk? Satu trader, satu algo. Benda bukan lagi trend. Itu adalah evolution dunia trading moden. Technology tidak akan gantikan trader sepenuhnya. Tetapi trader yang menggunakan technology kemungkinan besar akan mengatasi trader yang tidak menggunakannya.
The efficient algo trading
By zezu zaza May 12, 2026
The efficient algo trading
By zezu zaza April 10, 2026
Lagu 'Belajar Saham Dengan Zezu Zaza'
By zezu zaza January 27, 2026
Official Notice: Fake, Duplicate & Impersonation Accounts Using the Name Zezuzaza
By zezu zaza May 3, 2025
Gold Trade + Akaun KWD + Stacking Kek Lapis + NFP: Strategi Terbaik untuk Minggu Ini
By zezu zaza April 27, 2025
Teknik orang melayu dalam dunia trading yang mungkin anda selama ini tak tahu!
By zezu zaza February 2, 2025
BINANCE DOWNLOAD (WINDOWS & APK ANDROID)
By zezu zaza December 1, 2024
Staying Calm in Trading: Tips and Insights
More Posts

Nak baca blog kami terus ke email anda?

Subscribe di bawah. Anda akan menerima blog kami secara percuma terus ke email anda.
Jadi orang pertama membaca blog kami!

Subscribe Di Sini!